^Back To Top

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5

Pengumuman

Login Form

Sambutan Maulidurrasul Peringkat KVSAS 2015

   

   

 

Sambutan Maulidurrasul telah diadakan di KVSAS bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Antara pengisian dalam sambutan kali ini ialah selawat beramai-ramai di dalam dewan, persembahan nasyid dan bacaan ayat-ayat suci al-quran dari pelajar-pelajar SMA Rompin. Tidak ketinggalan juga petandingan sepanduk antara kursus juga diadakan. Kemuncak sambutan kali ini ialah ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh Ustaz Mat Yazik Bin Mahmud dari SMK Seri Rompin. Majlis berakhir pada pukul 12 tengahari.

SELAMAT DATANG TUAN PENGARAH!!

  

 

Selamat Datang Tn.Hj Mohd Azman Bin Mohd Akhir, Pengarah KV Sultan Ahmad Shah yang baharu menggantikan Tn Hj Mohyeedin yang telah bersara pada bermula 1 Febuari 2015. Semoga kehadiran beliau dapat meningkatan lagi kecemerlangan KVSAS...

ROMPIN – Tindakan seorang pensyarah yang menjerit meminta tolong ketika kediamannya di Jalan 4 Kampung Janglau, dekat sini dipecah masuk kira-kira jam 2 pagi semalam menyebabkan dia dan anak lelakinya ditetak dengan parang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin, berkata, dalam kejadian itu, suspek yang dipercayai warga asing telah masuk ke dalam rumah pensyarah Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah Kuala Rompin, Rahim Darus, 58, melalui pintu belakang selepas mengumpilnya.

Sejurus itu katanya, empat suspek berkenaan telah pergi ke bilik seorang anak lelaki mangsa yang berusia 18 tahun dan mengikatnya terlebih dahulu sebelum membawanya ke bilik ibu bapanya.

“Suspek kemudian masuk ke dalam bilik Rahim yang sedang tidur dan seterusnya membuka lampu menyebabkan mangsa terkejut lalu menjerit tanpa henti walaupun telah diarahkan suspek supaya diam.

“Akibatnya, Rahim dipukul dengan kayu namun disebabkan dia masih enggan berhenti menjerit, suspek kemudian bertindak menetaknya dengan parang dan terkena pada tangan kanan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, dalam masa sama, anak lelakinya yang terikat itu cuba menyelamatkan bapanya namun malang bertimpa apabila dia turut ditetak.

“Bagaimanapun, kecederaan yang dialami anak lelaki mangsa tidak seteruk bapanya.

“Keadaan jadi kelam kabut apabila isteri Rahim bertindak menarik suami dan anaknya itu ke suatu sudut dan terus mengunci bilik berkenaan namun isteri mangsa tidak dicederakan kerana dia tidak menjerit,” katanya.

Katanya, apabila situasi jadi kelam kabut, berkemungkinan empat penyamun berkenaan jadi panik dan melarikan diri namun sempat mengambil dua telefon bimbit.

Zainul Mujahidin berkata, Unit Forensik dan anjing pengesan telah ke lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

“Usaha menjejaki suspek sedang dijalankan manakala kedua mangsa dirawat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan,” katanya.

-Sumber Sinar Harian Edisi Pahang