^Back To Top

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5

MATLAMAT PENDIDIKAN PROGRAM

Matlamat program Diploma Pengurusan Perniagaan ialah untuk membentuk Pegawai Eksekutif  yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)

ProgramDiploma Pengurusan Perniagaan mampu menghasilkan Pegawai Eksekutif  yang:

PEO 1 Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam disiplin pengurusan perniagaan; Pengetahuan, Kemahiran Teknik
PEO 2 Efektif dalam komunikasi, kerja berpasukan dan memaparkan ciri kepimpinan yang baik dalam sebuah organisasi; Kemahiran Berkomunikasi, Kemahiran Sosial/ Kerja Berpasukan/ Pertanggungjawaban, Kemahiran Kepimpinan
PEO 3 Mampu menyelesaikan masalah operasi secara beretika dengan pendekatan yang inovatif, kreatif dan mampan; Kemahiran Penyelesaian Masalah, Pemikiran Kritikal & Pendekatan Saintifik, Profesionalisme, Nilai, Sikap dan Etika
PEO 4 Mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap bidang keusahawanan, pengurusan maklumat  dan pembelajaran sepanjang hayat selari dengan perkembangan teknologi semasa. Pembelajaran Sepanjang Hayat & Pengurusan Maklumat, Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan