^Back To Top

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5

Teknologi Pemesinan Industri

MATLAMAT PENDIDIKAN PROGRAM

Matlamat program Diploma Teknologi Pemesinan Industri ialah untuk membentuk Juruteknik Pemesinan Industri yang bersedia menyertai pasaran kerja, melanjutkan pengajian dan usahawan yang berdaya saing

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)

Program Diploma Teknologi Pemesinan Industri mampu menghasilkan Juruteknik Pemesinan Industri yang:

PEO 1 Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam disiplin Teknologi Pemesinan Industri. Pengetahuan, Kemahiran Teknik
PEO 2 Efektif dalam komunikasi, kerja berpasukan dan memaparkan ciri kepimpinan yang baik dalam organisasi; Kemahiran Berkomunikasi, Kemahiran Sosial/Kerja Berpasukan/ Pertanggungjawaban, Kemahiran Kepimpinan
PEO 3 Mampu menyelesaikan masalah operasi secara beretika dengan pendekatan yang inovatif, kreatif dan mampan; Kemahiran Penyelesaian Masalah, Pemikiran Kritikal & Pendekatan Saintifik, Profesionalisme, Nilai, Sikap dan Etika
PEO 4 Mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap bidang keusahawanan, pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selari dengan perkembangan teknologi semasa. Pembelajaran Sepanjang Hayat & Pengurusan Maklumat, Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan