^Back To Top

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5

Teknologi Pembinaan Bangunan

MATLAMAT PENDIDIKAN PROGRAM

Matlamat program Diploma Teknologi Pembinaan ialah untuk membentuk Penyelia Pembinaan yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)

Program Diploma Teknologi Pembinaan mampu menghasilkan Penyelia Pembinaan yang:

PEO 1 Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam disiplin Teknologi Pembinaan. Pengetahuan, Kemahiran Teknik
PEO 2 Efektif dalam komunikasi dan memaparkan ciri kepimpinan yang baik dalam sebuah organisasi. Kemahiran Berkomunikasi, Kemahiran Sosial/ Kerja Berpasukan/ Pertanggungjawaban, Kemahiran Kepimpinan
PEO 3 Mampu menyelesaikan masalah operasi secara beretika dengan pendekatan yang inovatif, kreatif dan mampan. Kemahiran Penyelesaian Masalah, Pemikiran Kritikal & Pendekatan Saintifik, Profesionalisme, Nilai, Sikap dan Etika
PEO 4 Berupaya mengamalkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat selari dengan perubahan persekitaran bagi disiplin Teknologi Pembinaan. Pembelajaran Sepanjang Hayat & Pengurusan Maklumat, Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan