^Back To Top

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5

Apakah itu MQA?

 

 

 

Merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditubuhkan pada 1 November 2007 dengan berkuatkuasanya Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679). MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti kursus pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini.

 

Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT. MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang merupakan ’perlembagaan’ pengajian tinggi negara.

 

 

Fungsi MQA

  1. MelaksanakanMQF sebagai titik rujukan kelayakan Malaysia;
  2. Membangunkan kriteria dan standard sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan dengan kerjasama pelbagai   pihak berkepentingan
  3. Menjamin kualiti institusi-institusi pengajian tinggi dan program-program;
  4. Memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan;
  5. Memudah cara pengiktirafan dan penyetaraan kelayakan; dan
  6. Mengendalikan Daftar KelayakanMalaysia (Malaysian Qualifications Register,MQR)