^Back To Top

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5
  1. SEJARAH PENUBUHAN

Perletakkan batu asas

Sekolah Menengah Vokasional Rompin mula diilhamkan pada 16 April  1987 bersamaan 17 Sya’aban 1407 setelah perletakan batu asas dilakukan oleh K.D.T.M. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta’inBillah  yang melibatkan kawasan seluas 23.68 hektar.

      Pembinaan Sek. Men Vokasional Kuala Rompin

Sekolah ini mula dibina pada 16 Julai 1987 dan siap sepenuhnya pada 15 Disember 1988 dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pada 12 Januari 1989 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Kuala Rompin.

     Kos pembinaan

 Kos pembinaannya pada peringkat awal berjumlah RM 11,744,326.15 tetapi meningkat kepada RM 12,760,000.00 setelah siap.

Bilangan pelajar dan staff

 Sekolah ini menerima pelajar sulungnya seramai 184 orang pada 20 Februari 1989.Jumlah guru pula seramai 47 orang dan lima orang kakitangan sekolah.

      Pertukaran nama Sekolah Vokasional kepada Sekolah Menengah  

     Vokasional Sultan Ahmad Shah

Nama Sekolah Menengah Vokasional,Kuala Rompin telah ditukar kepada Sekolah Menengah Vokasional Sultan Ahmad Shah sempena perasmiannya oleh KDYMM Sultan Pahang pada tahun 1991.

      Naik taraf dari Sekolah Menengah Vokasional kepada Sek Men Teknik

 Pada tahun 1994, sekolah ini dinaikkan ke gred A dan pada 1 November 1995 Sekolah Menengah Vokasional bertukar kepada Sekolah Menengah Teknik mengikut fasa 1 selaras kehendak kerajaan bagi melahirkan pelajar yang kreatif.

      Penstrukturan semula SMT ke SMV

     Bagi memperkasakan semula pendidikan aliran teknik dan vokasional, bahagian pendidikan teknik dan vokasional telah membuat penstrukturan semula Sekolah Menengah Teknik ke Sekolah Menengah Vokasional. Oleh itu, Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Shah akan bertukar menjadi Sekolah Menengah Vokasional pada tahun 2011.